Aku nak bercakap pasal etika hari ni. Bukanlah sebab aku ni beretika sangat, akan tetapi aku rasa terpanggil untuk bersuara jugalah. Pentingnya etika ni, membantu dan membangunkan lagi kelancaran sistem. Tak kisahlah sistem pemerintahan, sistem pentadbiran, jalanraya, dan sistem rumahtangga.
Inilah kesedaran sivik. Aku perhati, ramai di kalangan kita yang ambil mudah tentang perkara ni. Antara contoh paling mudah, bila traffic jam di jalanraya.Bayangkan kalau semua orang berpusu nak guna emergency lane tu, tak kira la berapa lane pun yang pihak tol sediakan, takkan cukup punya.
Alang-alang jalan dah sibuk, dah sesak, kau ikut jelah bontot kereta depan, macam mana kau nak cepat pun, tak laju mananya boleh pergi, ini tidak, kau bagi signal kiri, kau masuk emergency lane. Kena pulak jalan depan makin kecil, menyempit, kan dah makin sesak jadinya jalan tu? - tak boleh fikir ke? common sense je ni.
Jadi, kita yang sentiasa mahu jadi orang beriman ni, yang sentiasa teriak "dirikan solat" ni, wajiblah beretika. Apalah maknanya menjaga solat, hubungan dengan Allah, kalau hubungan sesama manusia diketepikan. Aku bukanlah wara' atau alim ulama'. Tapi serba sikit aku tahu jugalah pasal habluminallah dan habluminannas. Makanya, sistem jalan raya tu dah ada, kita patuhilah, bukan cuma fikir kesenangan sendiri bila orang lain juga bayar cukai jalan dan bayar tol.
Susut banyak dah nilai-nilai harmoni dalam diri manusia zaman sekarang ni. Makin tinggi umur, makin nampak semua ni, sampaikan aku pun sedar, ada masanya aku juga terbawa-bawa perangai buruk 'kurang sabar' waktu memandu. Ya Rabb...kau cantikkanlah akhlak kami manusia sejagat.
Lagi satu perkara, pasal sembahyang jemaah - baik di masjid atau di surau. Aku selalu perhati keadaan ni, bukan nak kata aku ni kerap ke masjid atau kaki masjid. Tapi bila ada peluang tu, aku pergi dan perhati jugalah.
Kadang-kadang aku kesian dengan budak-budak yang belum akil baligh, dalam umur 9 ke 13 tahun. Dia orang ni punya bagus, semangat nak sembahyang, datanglah awal nak berjemaah, walhal belum masuk waktu pun, contohnya lagi 30 minit nak masuk maghrib, dah ada dia orang datang siap baju melayu, kain pelikat dengan kopiah lagi.
Aku suka tu, semangat tu aku suka, time budak dulu, aku pun tak macam tu. OK sorry, terlari topik sikit. Ha...budak-budak ni semua dah standby nak jemaah, berderet dengan member-member dekat saf kedua nak solat. Cantik je lepas azan, dah ramai sikit, datanglah pulak pakcik-pakcik. Selamba je masuk, pergi ke budak-budak tu, suruh dia orang semua ke belakang. Alasan, "kat depan ni patut orang tua je, budak-budak sembahyang kat belakang je".
Pada pendapat aku, masa dia orang muda rebung ni la kita patut encourage buat benda-benda baik macam ni. Sembahyang di saf depan, rajin berjemaah dan bla bla bla lah. Aku pasti, budak-budak tu sakit hati, penat je datang awal. Last-last kena duduk saf belakang, dah la belakang, kat belah luar pulak tu, atas marmar tu sembahyang, sakit kepala lutut. Hehehe...betul. Serius.
Lagi kerap aku nampak kes ni, time solat Jumaat. Kadang-kadang datang dah mula khutbah, dah separuh khutbah pun, tapi selamba masuk nak berhimpit kat celah-celah orang. Ye lah, sembahyang kat dalam ada aircond, sejuk, sedap. Malaysia ni panas kan? Kau dah tahu nak sedap apasal tak datang awal? Disiplinlah sikit.
Pahala besar nak, sejuk aircond nak, sembahyang belakang imam nak, tapi datang awal tak nak. Lecehlah kau ni Pandir. Kau susahkan orang dah tu. Tadi orang tu masa sembahyang sunat, dia boleh duduk tahiyat akhir sempurna, bila kau masuk lambat, mencelah, tak pasal-pasal brader tu terperosok tepi dinding tu ha, kesian aku tengok. Tak boleh macam tu, kita kena fikir juga pasal kebajikan orang, kau datang lambat, sembahyang luarlah, panas sikitlah. Tapi itulah trade-offnya pun. Kan?
Jadi kalian, kita tanamkanlah sikap bertimbang rasa, kesedaran sivik, etika dan juga hormat-menghormati. Kita patut menanamkan sikap ini, supaya generasi penyambung kita, anak-anak kita, juga ada sikap begini. InshAllah, negara lebih aman, pentadbiran lebih mudah sekiranya majoriti kita beretika dan berkesedaran sivik. Jangan ilmu pengetahuan tinggi menggunung, sampai oversea belajarnya, tapi ilmu budi pekerti tak ada. Poorah!
Segulung ijazah dari menara gading tertinggi sekalipun, tak bererti kemanusiaan telah dimiliki.
Budi pekerti, timbang-rasa dan akhlak terpuji, bermula dari rumah, dari orang tua, dari didikan, dari kita. Maka sematkan dalam diri, untuk menjadi orang yang baik, anak yang baik, abang/kakak yang baik, suami/isteri yang baik, ibubapa yang baik, dan jadilah diri yang sebenar diri.
18 comments:
BETUL BETUL,GUA SOKONG.MENTALITI MASYARAKAT KITA KENA DIUBAH.MAHU YANG SENANG SAJA TETAPI TIDAK MAHU SUSAH WALAUPUN KESUSAHAN ITU BERAKHIR DENGAN KESENANGAN.
tp sepanjang pengetahuan sy, kanak2 belum baligh safnya mmg kena di blkg org yg sudah baligh, spy tidak memutuskan saf..bagus pndapat saudara utk menggalakkkan kanak2 semangat nak solat jemaah dan mmg salah pakcik2 tu dtg lmbat utk berjemaah, tp mcm tu lah hukumnya..betulkan kalau sy tersalah ;)
1. pasal jalanraya tu.. btul3.. ak sokong sbb ak pon da bosan ngn org2 yg pk psl dr sndri jek.. xpk sal org laen.. kalau nk cpt sgt, jgn naek kreta, kumpul duit bli jet.. kompem kt udara tu xkn de traffic jam..haha.. ngeng btul org2 tu..
so klau nk naek kreta jgk, kne la tolak ansur, pk utk org laen jgk..
2. pasal solat jumaat.. hmm, ak da lme da tgk dr ak kecik, mse skola n skrg kt u.. npe ek ramai yg ske pg last2 minute ble solat jumaaat??? npe la nk tggu da azan ke2 bru cbuk2 brlari nkk pg.. npe la xmo pg awal2.. ak xckp semua, tp de la sglintir umat ni.. so, mcm aqasha ckp la, ble da smpai lmbt nk mnempel jgk kt dlm.. dok luar da la.. sian org2 yg dtg awal tu.. hmm, ak cme ckp dr pe yg ak rse... mntak maap kalau de yg trase.. =)
Aku amat menyokong hujah pasal kanak2 sembahyang terpaksa dok di belakang saf.Perkara ni bolehlah dikatakan terjadi di sebahagian besar masjid n surau di Malaysia ni.Mentaliti sebahagian daripada manusia2 macam ni la yang menguasai masjid n surau yang kononnya hanyak layak untuk mereka yang berumur.Akibatnya,tengoklah,hanya golongan pencen atau yang dah nak pencen berjinak-jinak dan menjadi muka tetap di masjid.Jangan disalahkan orang muda kenapa orang muda tak nak lekat di masjid.Aku selalu lihat wajah budak2 ni yang bersemangat di saf depan jadi malu tersipu-sipu bila disuruh pi kat saf belakang.aku dapat baca wajah mereka.bagi mereka yang takdak jiwa,mereka tak dapat bacalah muka budak-budak tu.Di masjid atau surau selalu akan ada terdengar isu orang muda takder.Bagaimana orang muda mahu lekat jika sudah dari rebungnya sudah dipotong?Satu lagi perkara yang aku tengok di masjid,berapa ramai masjid n surau ada biro atau lujnah belia?Kalau adapun,mereka yang pegang jawatan ni orang 'tua'.Bila yang pegang jawatan ini org 'tua' dengan serta merta aspirasi dan jiwa belia tu takdak pada dia.Ada yang pegang sekadar pada nama dan jawatan saja.Program2 yang dianjurkan pula tidak cukup kuat untuk menawan hati orang muda untuk jatuh cinta kat masjid.Mereka ini harus ada jiwa yang besar jika mahu masjid atau surau didatangi orang2 muda.
Bab solat Jumaat pulak terutama kepada puak2 yang lamabat datang ni pastu nak merampas kausa tempat orang memang dah penyakit berjangkit.takdak penawar.perkara yang tak manis bila dilakukan berulang kali akan menjadi tabiat dan tabiat sebenarnya amatlah sukar untuk dihakis.Puak2 ini amatlah berfikiran sempit.Apa yang puak2 ni buat sehinggakan pergi solat Jumaat pun lambat?Sudahlah lambat maka kamu bersopanlah duduk di saf yang lain.Usah kamu jajah tempat orang yang dah datang awal dan 'merelakan' pula dijajah.Bila lihat keadaan ni berlaku depan mata,memang hati tenang akan menjadi geram.
Tepuk dada tanya iman.
good one! suke...
u've changed my impression of ppl called org seni. :)
Salam
Saya bukan pakar dalam hal 'saf berjemaah' tetapi saya terjumpa ini:
Posisi kanak-kanak dalam saf solat berjemaah.
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berkenaan dengan hadis ini, al-Imam ash-Shan’ani menyatakan, “Dan posisi makmum yang terdiri dari dua orang adalah di belakang imam, dan anak kecilpun turut diambil kira keberadaan tempat duduknya (bersama saf lelaki dewasa – pen.) dan dapat melengkapkan barisan saf. Dalam hadis disebutkan lafaz yatim, ini menunjukkan anak kecil, kerana tidak disebut sebagai yatim bagi yang telah baligh. (Rujuk: Subulus Salam, jil. 1, m/s. 652)
Menurut Sheikh al-Albani:Tidak mengapa anak-anak berdiri di saf kaum lelaki dewasa, jika saf tersebut masih ada ruang. Dan solatnya kanak-kanak lelaki yatim bersama Anas di belakang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah hujjah dalam masalah ini (saf kanak-kanak adalah bersama saf lelaki dewasa). (Rujuk: Tamamul Minnah, m/s. 311)
Dalam hal solat berjemaah, saya sokong bahawa kanak-kanak patut dilayan dengan baik (good ethics), kerana biasanya dalam masjid, bila kanak-kanak disuruh berada di belakang orang-orang dewasa, mereka akan 'misbehave' dan perbuatan ini akan terus tersemat sehingga dewasa.
Wallahua'lam.
huh... memang sungguh aku anti dengan orang yg guna lorong kecemasan kat highway. Kalau aku bawa lori... rasa nak langgar jer... tapi rasa ajer... tak buat pun. hehehe
Aqasha BESTTT!!
kenapa artis ramai followers?
apapun, blog kau menarik lagi la drp blog zedzaidi. ada jiwa org kata.
sekurang2nya aku tahu artis fikir juga pasal akhirat ye? (bukan sinis)
paradiseflower;
budak2 yg dah mumayyiz (iaitu yg dah dpt beza baik buruk), w/pun belum baligh, still sah solat dorg. so tak salah solat saf hadapan. (^_^)
t'jumpe pulak blog aqasha. hehe.
Selamat Pengantin Baru....^_^
salam agak-agak bila nak update yek en aqasha dah lama tunggu bahan baru
love ur drama yg awal muharram tu...two thumbs up for you!!!!!
aku sakastik dgn artikel ni..hahaha
Assalamualaikum,
I just have to agree with u on this.Kalau melentur buluh biar dari rebungnya..but unfortunately not all of them thinks the same way.
Apapun jutaan tahniah kerana sudah mendirikan rumahtangga dan saya doakan semoga Firdee berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Akassya menjadi Aqasha? haha, i'm more comfortable with 'Firdee' though.
All the best!
Aqasha, i m one of yr fans...
Deepavali dah abis, CNY pun juga.. biler nak update???
`pengantin utk dijual'... i likeeee!
a really good view from you..best2..
bila nak ada entry baru nih :D
Post a Comment