Tuesday, July 07, 2009

Virus B3NC1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku masih hidup. Masih berfikir, masih menaip, masih mensyukuri, belum hilang akal lagi. Inilah dia sekembalinya aku menulis, terima kasih pada yang menyokong, yang tak menyokong, yang suka, yang benci, yang cinta, yang benci, yang tak peduli, yang benci.

Eh! berapa ramai yang benci daa?

Aku tau. Ramai. Well, aku tak ralat, tak goyah. Benci juga perasaan, kalau aku seorang yang menghargai perasaan, aku mesti mampu hargai benci orang pada aku. Hehe. Kalau dari benci dah bertukar sedikit pada suka, kalian harus tahu, maknanya doa aku dah termakbul.

Amin.

At some point, aku sendiri pun letih nak menulis, Malaysia ni banyak bijak pandai and alim ulama'. Semua ada power nak hantar orang masuk syurga atau neraka. Memang terror. Well, still aku tak peduli. Lantaklah. Aku beli sendiri beras.

Aku nak menulis pasal benci sebenarnya. Untuk entry ni, aku nak emphasize pada perkataan benci, unsur benci, dan...benci.

Benci ni satu perasaan yang unik sebenarnya, kuatnya sama saja dengan cinta. Cuma benci lebih cenderung kepada kegelepan, atau dalam kata lain atau metafora yang lain, 'kejahatan'.
Well, itu yang biasanya sinonim dengan benci.

Benci: seperti yang dikatakan, sama saja dengan cinta, tidak perlu alasan atau sebab atau dalil atau logik untuk lahir. Orang boleh membenci begitu saja, tidak perlu sebab, tidak perlu punca. Aneh? Itulah manusia. Ironic, yet unique.

Ada orang, tengok muka orang lain je, dah cukup untuk buat dia benci dan cakap, " Eiii! Benci aku tengok muka dia ". Macam tu je? Ya! macam tu je!.

Ada orang, tengok je muka orang lain, jatuh cinta!! Haa, itulah yang dipanggil cinta pandang pertama, so sekarang kita tahu ada benci pandang pertama juga. Sama kan? (angguk je)

Aku dah kenal pasti beberapa tahap level orang benci. Orang kalau dah benci, segalanya dia benci, orang yang membenci orang lain, tapi masih boleh tolerate lagi orang yang dibenci itu adalah antara orang2 yang layak jadi pemimpin di muka bumi ni. Sebab dia tak bias. Dia jujur pada perasaan benci itu.

Contoh kedaan:

Kawan Pembenci: " Eh, apasal kau boleh buat kerja dengan si polan tu nok? "
Pembenci: " Alah nok!, aku benci terngok muka dia je, tapi hasil kerja dia OK "

Itulah kisah antara 2 orang nonok profesional. Biarkanlah mereka.

Berbalik pada benci. Ramai tidak perlu alasan dan sebab untuk membenci. Bencilah saja!
Kemudian create satu page atau blog, dan kutuklah, aibkanlah. Ini perkara biasa. Dimana2 saja ada situasi ini. Kalau kalian terjumpa makhluk seperti ini atau keadaan ini. Buat tak tahu seolah2 ia tak wujud, dan baca ayat Kursi semoga jauh dari syaitan.

Peringatan: Jangan terpengaruh! Kerana ini adalah virus, dan ia lebih merbahaya dari AIDS atau Influenza A. Virus ini juga kalau terkena akan dibawa sampai mati. Di kalangan kita juga ada RAMAI pembawa virus ini. Yang lebih menakutkan, virus ini tak dapat dikesan di dalam darah, di bawah mikroskop atau pun CAT scan. Maka awas!

Makan vitamin A,B,C,D atau E malah bapak segala vitamin pun yang kalian makan, tetap tak dapat menjauhi virus ini. Hmmm.

Takut? Ya memang takut.

Anda rasa anda bukan seorang pembenci? Tanya2lah diri anda, kawan2, adik-beradik, jiran2.




Awaluddin Ma'rifatullah.

p/s: ada orang kata syari'at dulu baru ma'rifat. jadi nak aku tanya, kenapa tak boleh ma'rifat dulu baru syari'at?

Monday, June 15, 2009

The Remedy for your souls.

Aku bersama abang Ted, bapa angkat aku(hehehe) perform di Dewan Merak Kayangan.

Secara rasminya The Remedy telah membuat persembahan pentas buat pertama kalinya pada tanggal 12.6.2009. Akan bermulalah satu lagi episod baru dalam perjalanan hidup aku.

Kali ni memang aku pukul habis punya, all the way to the max. I'm gonna aim for the sky man.
All the way to the blue sky.

Ladies and gentlemen, I present you. The Remedy!






The song was written way back in 2008, somewhere in January. The title of the song, speaks for itself. It's all about an obsession towards the other half, it could be your wife, it could be your lover. The lyrics might be a little inappropriate to untrained minds. Those who dont have the ability to imagine, I recommend you DONT listen to the song. 

Saturday, June 13, 2009

A Letter for Mr.Saliq with a Qaf

Kehadapan Encik Saliq,

Entry ni tertulis sebab respond dari entry yang sebelumnya yang sangat memberangsang dan merangsang. Respond tu membuatkan aku paradox, sebab, aku rasa terkejut, ramai pulak umat yang baca blog ni, akan tetapi, beberapa kelompok sahaja yang aku rasa pemahamannya diluar kotak dan di luar syari'at. Nak jadi kaya, kena fikir macam orang kaya.

Aku percaya orang akan kata aku gila atau poyo atau paling tidak pun sesat la bila aku kata kita perlu memandang dunia dan kemanusiaan di luar undang²(syari'at). Orang² Sufi atau Ahli Tasauf memandang Allah seakan benar melihatNya, jadi sebab itu wujud falsafah, wujud puisi, wujud kata-kata puji-puja semata² nak menzahirkan Allah.

Walaupun mereka ni tahu yang mustahil untuk menzahirkanNya, tapi ini adalah untuk rujukan & pemahaman kita di luar ni. Yang hanya belajar Feqah sampai bab rukun iman, rukun Islam, rukun sembahyang, dan rukun nikah aje. Mereka buat macam tu supaya kita, lebih mudah menghadam penyampaian, lebih mudah faham. Bak kata mat saleh, "it's just a figure of speech".
It's a bloody metaphore la weh!

Hakikatnya, tak setiap manusia dilahirkan untuk menjadi bijak. Maka salah penafsiran dan salah faham pun berlaku.

Aku tak beli bullshit yang mengatakan kita tak patut fikir apa yang kita tak patut fikir. Well. Taknak berfikir? Terpulanglah.
Aku nak.

Bercakap tentang Tuhan juga cemburu bila kita tidak sembahyang atau tidak ingat akan Dia. Frankly. Aku terpaksa sangkal dalil ni. Sebab aku tahu, tak luak Zat Allah Ta'ala atas segala perbuatan makhluk. Dia Uhud, Esa.
Period.

Walaupun Dia adalah Maha Segala Maha yang bermaksud, Dia lebih merasa dari kita. Tapi cemburu tu hanya sifat kita, kita je yang nak bersaing. Dia nak bersaing dengan siapa?

Dan bagi kita yang belajar Tauhid hasil pecahan & buah fikiran Imam Al-Ghazali, Imam Abu Hassan Asya'ari, Imam Mansur Al-Maturidi, dan beberapa tokoh lain yang menyempurnakan teori sifat 20 yang TAK terkandung dalam Al-Quran, kita wajib ketahui yang sifat 'cemburu' tak termaktub dalam sifat² yang ada. Cemburu tu sifat aku, manusia. Aku manusia, Dia Tuhan. Kan tak sama tu.

Hakikatnya, tak jadi masalah pun kalau takde sifat 20 ni, dan aku tekankan di sini, tak wajib pun mendalami sifat 20 ni. Kita dah ada Asma' ul Husna yang mana memang fresh dipetik dari Al-Quran. Orang kata, direct source. Dengan nama² tu pun kita dah mampu mengenal Allah. Inilah yang dipanggil, Tauhid Asma'. Ada 4 jalan mengenal tuhan, kita ada Zat, Sifat, Asma' & Af'al.

Tapi aku percaya, tanpa sifat 20 ni, kebanyakan dari kita sure ke laut jugak.

Back to the real topic.

Dengan mengetahui semua ni, sesetengah orang, level pemahamannya terhenti pada syurga je.
Memang itu je dia boleh digest. Janjikan syurga, bidadari, sungai arak & madu, maka happylah dia. Buat apa yang disuruh, dah buat, maka dituntutnyalah.

Dan dalam waktu yang sama, dia bercakap tentang ikhlas bila dia masih mengharap syurga di tempat sujudnya. Itu ikhlas? Itu E-Class Compressor iye. Bukan ikhlas. Ikhlas is nothing. No form and meaning whatsoever. Ikhlas is something you dont talk about. Ikhlas is not even supposed to be talked about here.

Kalau dalam drama ada dialog atau mana²lah yang kalian akan atau pernah dengar: "I ikhlas mencintai you". Pada aku itu BULLSHIT. Ikhlas is a silent therapy. It goes without saying. U feel it, u feel it, u dont feel it, to hell with it.

Aku tak kisah nak motivate orang berbuat baik, berbuat pahala. Memang cantik dah tu. Tapi bila up lebih² pasal bidadari, pasal ketua bidadari, isteri masuk dulu 500 tahun awal nak bersolek dulu. Haaa....ini otak aku tak dapat hadam.

Kenapa tak kenalkan aje Tuhan pada mereka dan biar mereka sendiri mencintaiNya. Kenapa mesti sogok syurga, lepas tu baru boleh sayang. Macam budak².

Mak kalau nak anak kecilnya sayang atau bagi perhatian pada dia, mesti dia beli permainan atau apa² yang anak tu suka. Tapi bila budak tu dah besar, tak dapat apa-apa dari mak dia pun dia mesti sayang mak dia. Melainkan dia memang cibai la.

Jadi bagi yang belum akhil baligh untuk mengharapkan syurga, itu aku boleh fahamlah. Budak², kasi gula² sukalah dia. Takkan dah besar dah berbulu pun nak gula² kot? Tapi kalau nak pun tak kisahlah. Sedapkan? Abang faham tu dik.

Ya, mungkin betul kata seseorang tu, aku tak tau indahnya syurga. Mungkin dia tahu, sebab dia dah nampak dan itu yang dia mahu.

Satu yang aku pasti, Tuhan lagi indah dari syurga. Dan Dia yang aku lebih mahu. Tak kisahlah kalau aku tak tahu yang syurga tu indah. Sebab bukan itu niat aku. Aku tak pernah belajar niat masuk syurga.

p/s: Ya Allah, thanks for the thoughts, for the good and bad, for the ups and downs, for sanity and insanity, for black and white, for Islam and the rest of the religions, for the peace and war, for Adam & Hawa, for angels & devils, for heaven and hell.

Last but not least. Thank You for this faith. It's all you man! It's all you.

Friday, May 29, 2009

Bentara yang menimbang-tara.

Selamat sejahtera ke atas kalian yang membaca,

Aku mula menaip ni tepat pada pukul 3.23 pagi. Setelah berbulan tidak bekerja (tidak shooting), aku telah merajinkan diri melayan you-tube. Informatif! Itu je satu perkataan yang boleh aku gambarkan pasal you-tube.

Baru tadi, aku menonton himpunan video dari seorang ventriloquist yang pada pandangan aku seorang yang genius, dan telus, serta ada sedikit skeptikal. Tapi sangat luhur mengvisualkan perspektif beliau. Jeff Dunham, ventriloquist yang tersohor.

Aku terpanggil dengan topik beliau, bila dia memainkan karektor sebuah puppet(boneka) yang diberi nama Achmed. Achmed adalah puppet yang kononnya adalah seorang 'suicidal bomber'.
Pendek kata, Achmed ni cuba dikaitkan oleh Jeff dengan tragedi Al-Qaeda yang menjadi ketakutan Amerika.

Achmed kata, yang dia percaya sungguhpun pekerjaannya adalah tidak masuk akal, kerana menjadi seorang 'suicidal bomber' namun dia yakin dia akan masuk syurga, dan di sana dia dijanjikan dengan '72 virgins' atau seperti yang kita semua sedia maklum, 'bidadari'.

Nah! Aku terduduk memikirkan sesuatu.

Hmmm. Masuk syurga, dapat bidadari. Itu bagi yang lelakilah! Yang perempuan, mungkin bidadara. Wallahualam.

Aku percaya kita semua dah disogok dengan cerita² yang bermotifkan 'encouragement' sebegini sejak dari kecil. Dalam kata lain, galakan untuk memperbanyakkan pahala. Mungkin emak atau ayah, atau ustaz & ustazah, mungkin juga khatib di masjid yang selalu bersuara dan menyatakan keenakannya masuk syurga. Di syurga, balasannya adalah yang enak² saja. Apa saja yang kita mahu, kita akan peroleh.

Dijanjikan bidadari, dijanjikan 7 jenis sungai yang mengalir untuk melampiaskan dahaga kita, ada sungai madu, sungai susu, sungai arak dan macam² sungai lagi. Hmmm, kalau bohong si ustaz, bohonglah aku. Hehe.

Satu persoalan besar yang bermain di fikiran aku. Kalaulah aku mati dulu selepas kahwin, dan masuk syurga(kalaulah..), adakah aku masih mampu memiliki isteri aku di sana wa'ima isteri aku di dunia adalah seorang yang berdosa?

Dan kalau aku pilih untuk bersama bidadari, tup²! isteri aku masuk syurga, tidakkah dia kecil hati melihat aku bersama bidadari ni semua? Takkan dia tak jealous kot? Dan kalau dia jealous di dalam syurga, itu dah tak enak tu.

Buatnya isteri aku masuk syurga dan dia nak bidadara, aku gerenti aku jealous punya!. Itu pun tak enak juga tu.

Aku tak tau. Tapi kalau dia tak jealous, memang aku NAK semua bidadari tu, gila ke apa nak tolak?

Tapi tak apa, aku matikan persoalan tu kat situ je.

Yang nyata, yang jadi persoalan dalam kepala otak aku yang biol ni, apakah aku masih berkehendak dan bernafsu walaupun aku dah mati(terpisah dari jasad) dan berada dalam syurga?

Yang aku pasti, bila mati, roh meninggalkan jasad, dan jasad inilah yang berkehendak dan bernafsu sebenarnya. Nafsu untuk makan minum, nafsu untuk melawa, nafsu untuk senang & tak lupa, nafsu syahwat.

Jadi bila dah tak berjasad, masih berkehendakkah aku yang dah mati pada bidadari dan sungai² tadi?
Apakah dahaga di syurga berbeza?
Apakah nikmat sex di syurga juga berbeza?

Eh??? Kejap!!! Sex? Di syurga? Amenda ni?

Kalau bidadari di syurga bukan untuk sex, habis untuk apa? Takkan untuk teman main batu seremban dan galah panjang pulak? E'eeehhh!! Kacau.

Jeff Dunham ni dah main² dengan kepala otak aku. Ke mat saleh ni nak manipulate aqidah aku?
Wallahualam. Aku fikirkan yang baik² je lah, kata orang, tak elok buruk sangka. Tapi dia memang genius. Sebab pada aku, orang genius ni bisa buat orang lain berfikir. Mencetus buah fikiran. Itu pendapat akulah.

Aku rasa, topik ni memang sedap kalau dapat dijadikan perbualan ni. Tapi sebab dah pukul 3 pagi, dan aku seorang je dekat dalam bilik ni, makanya blog ni jelah tempat aku mengajak bersembang.

Jadi apa sebenarnya yang ada dalam syurga yang kita semua ni nakkan sangat² ni?
Ataupun sebenarnya, kita pilih syurga semata² sebab neraka tak best? Dan menakutkan, sebab ada azab.
Wallahualam.

Untuk entry kali ni, aku yakin motto 'diam adalah pintar' dah tak applicable. Jadi pada kalian yang pintar, marilah campakkan 2 sen anda di sini. Kalau aku salah cakap ni, 'tampar' je.

Awaluddin Ma'rifatullah.

Thursday, May 14, 2009

The Bugis Rhapsody

Hei!

Aku sebenarnya nak gelak bila intro entry ni macam tu. Tapi aku segan nak bagi salam, takut aku kena cap berlagak ulama', tak pun 'syiah'. Ohhh payaahh!

Jadi 'hei' tu yang paling afdhal setelah beberapa situasi & insiden hodoh terjadi di sini. Aku dah fikir panjang sebelum berkata, sebelum menaip. Itu aku. Aku dah standby dengan keadaan ni.
Abang tak marah dik. Abang OK.

Hakikat kehidupan, kita yang selalu menampar orang, tak tahu sakitnya bila kena tampar.

Contoh situasi:

Jadi bila ada kutu A (Aku) yang menampar kutu O (Orang tu) yang selalu menampar tadi, maka tahulah dia (kutu O) akan sakitnya kena tampar.

Wai'ma kutu A tahu yang dia akan kena tampar balik, tapi dia akur & redha. Sebab dia tahu kena tampar tu sakit, dia saja je nak kasi kutu O tahu macam mana rasa sakit kena dek penampar. Supaya kutu O fikir 14 belas kali selama 14 saat sebelum dia menampar orang.

Anggaplah aku ni Polis Angkasa Gaban.

Alkisaaahh!

Jadi kalian semua, observation di sini adalah, yang menampar tu tak semestinya baik, yang kena tampar pun belum tentu baik. Macam tu ke? Jadi siapa yang baik?

Maka yang baik tu hak Allah Ta'ala lah jua adanya. Tamat satu bab.

Mari kita ke sudut falsafah pula:

Diam adalah pintar.
Diam juga bermaksud, ada kemungkinan bisu.
Ubi juga diam, tapi dia berisi.
Perut tak mahu diam, rupanya...kerana belum berisi.
Ada yang diam, malu, tapi mahu. Itulah Ramlah Ram.

Itu sudut falsafah, penerimaan adalah mengikut kadar pemahaman & bijaksana masing².

Konklusi:

Jadi pada adik² yang marah bila kena tampar, abang fahamlah tu. Memang sakit dik.
Mengutuk memang sedap, tapi kena kutuk tak sedap. Itu lumrah.
Komunis pakai senapang, tak pakai buah. Itu sejarah.




-TAMAT-

Thursday, April 23, 2009

Aku Bukan Hero

Kalian yang membaca,

Aku terpanggil untuk menulis malam ni, setelah aku disedarkan Almarhum Pak Hamka melalui penulisannya. Semoga beliau di dalam RahmatNya kerana sesudah mati pun masih menjadi penuntun bagi jiwa-jiwa yang memerlukan.

Aku sedar & akur kita manusia; ada kurang ada cacat pada setiap gerak & laku. Jadi aku pun tersedar akan silap aku selepas membaca bait dari buku yang ditulis dengan segala rasa luhur dan ikhlas.

" Orang yang merantau ke kampung orang, jangan campuri urusan orang dalam kampungnya, sebagaimana seorang mertua tidak boleh campur tangan kalau anak dan menantu sedang berkelahi di dalam rumahnya.

Demikianlah hidupnya orang yang berakal, tegak di garis masing-masing, menjaga hak sendiri dan menghormati orang lain di dalam haknya pula. Bersama-sama berkhidmat kepada keadilan dan peraturan."

- Hamka
Falsafah Hidup

Aku tertampar di sini.
Aku sedar aku telah ke kampung orang.
Dan mencampuri urusan mereka!
Aku tak mahu jadi orang tidak berakal.
Aku enggan.

Aku enggan memohon maaf juga.
Kerana ego mempertahankan pendapat sendiri.
Atas dasar mahu terus menghormati, aku harus redha dengan semua pendapat kalian di forum² yang aku sebut dalam entry yang sudah.

Aku faham, kalian merasa benar.
Maka kalian teruskan dengan apa yang dirasakan benar.
Aku mencampuri urusan kalian, dan hari ini aku merasa aku tidak benar.
Maka berhenti adalah wajib bagi aku.


Berhentilah aku.



Awaluddin Ma'rifatullah.

Saturday, April 18, 2009

Cari.com

Assalaaaaaaaaaamualaikum!

Saja aku kasi panjang sikit intro salam tu. Sebab dah berbulan tak menulis. So aku anggap salam tu untuk qadha' waktu-waktu yang terlepas. Oh yes! Let's just cut to the chase.

CARI.COM

Akal waras & rasionale aku tak pernah dapat nak hadam motif & objektif website macam ni & yang seangkatan dengannya (eg: Oh Bulan!, Oh Bintang!, Oh Bangang!) dicipta. Amenda yang diorang ni dok sembang kat sini ni? Cerita memang karut marut, yang benar dan salah bercampur, spekulasi & propaganda tak payah nak cakap lagilah. Aku hairan, macam mana diorang boleh ada kesanggupan menulis ber'thread'² pasal kelaku buruk orang, yang mungkin diorang sendiri pun tak tau sahih ke tidak.

Aku akur dengan kesilapan orang, tapi takde masa aku nak cerita buruk pasal orang. Aku bukan terpelajar, bukan lulusan Universiti, mungkin cakap orang putih pun bersepah, tapi aku tahu akal aku tak senteng, tak dangkal, tak pendek.

Aku saran orang yang wujudkan website bertunjang gosip caci maki & kroni² cap ayam dia ni, amalkan sikap membaca. Boleh mulakan dengan buku yang bertajuk 'Akhlak Mulia Bermula Dari Rumah' ataupun 'Perukunan Romanise'.

Atau mungkin webmaster tak tau apa-apa pun, atau tak angkat port langsung pasal content. Wallahualam.

Tak masuk akal lah brader! Lu nampak buruk orang, tapi lu rasa mengutuk dekat internet tu tak buruk. Ikut sedaaaappp je nak bercakap. Nasib baik lu anonymous lah, kalau tidak memang gua dah terajang tulang rusuk lu sampai patah.

1st of all, lu mengajar berapa juta rakyat Melayu Malaysia untuk fikir senteng macam lu.
2nd of all, lu kasi impact pada bangsa lain yang Melayu ni memang bangsat macam lu.
3rd of all, gua memang tak suka orang bodoh yang menyibuk macam lu.
4th of all, gua rasa Fir'aun pun tak bongkak macam lu.

Aku ada lagi 459 alasan yang munasabah, tapi sebab aku tahu kau tak berapa bijak, cukuplah aku kasi 4 je. Aku menulis bukan sebab marah sahaja, tapi aku penat. Aku & kawan² kerja siang malam, banting tulang, sama macam orang lain,tapi janganlah sampai spender color apa aku pakai pun kau sibuk nak tahu. Take it easy la bro!

Lu jaja aib orang, lepas tu lu susul dengan fatwa agama, syari'at mana lu ikut ni?
Lu rasa dalam Feqah ada membenarkan perbuatan mengutuk dan menghina?
Cakap biar lapik, biar ada hormat, baru orang tak ludah lu.
Jangan randuk macam lembu kena jentik telur.

Sudah² lah mencaci hina orang, tak ada beza pun lu & gua. Lu mati pun kena soal-siasat juga nanti, lu bukan exceptional pun.
Gua suggest, lu duduk fikir & membaca, mulakan dengan kitab 'Sifat 20'. Bawa²lah kenal diri brader.

Hidup bukan untuk menyukat pahala & dosa bro! Hidup untuk mengenal!

Yang terperi.
Yang terjadi.
Yang berdiri.
Yang sebenar diri.

Kemudian barulah cari 'Yang sedang-sedang saja'. Kalau lu penatlah.

Gua tak pernah cakap kosong bro, bukan gua yang cakap pun.



Awaluddin Ma'rifatullah.